Monday, January 12, 2009

Media Report


UTUSAN MALAYSIA EDISI UTARA 23.12.2008

ARKIB : 23/12/2008
Pelajar SMK Teloi Kanan tanam bakau di Kuala Gula

Sebahagian pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Teloi Kanan, Baling, Kedah, menanam pokok bakau di kawasan paya laut di Kuala Gula, Perak, kelmarin.- Gambar AZMAN MD. NOOR
KUALA GULA (Perak) 22 Dis. - Lebih 500 hektar kawasan tanah paya laut yang kosong menjadi sasaran sukarelawan termasuk pelajar sekolah menengah untuk dipulihara dengan menanam sejuta pokok bakau menjelang 2017.
Usaha itu melibatkan Kelab Pencinta Alam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teloi Kanan dari Baling, Global Environment Centre (GEC) dan Sahabat Hutan Bakau (SHB) Kuala Gula yang mengadakan program kesedaran secara berterusan di kawasan berkenaan.
Penyelaras Program S. Kalaimani berkata, pihaknya berbangga apabila Kelab Pencinta Alam yang disertai oleh pelajar SMK Teloi Kanan telah mendapat perhatian GEC.
"Penduduk Kuala Gula khususnya nelayan juga bekerjasama untuk memastikan aktiviti pemuliharaan hutan bakau di kawasan itu dapat dijalankan melibatkan pelajar sekolah.
"Kawasan paya laut di Teluk Rubiah yang agak luas memerlukan kesungguhan semua pihak dalam menjayakan hasrat memulihara kawasan ini menjadi kawasan hutan bakau yang terkawal," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Dalam program menanam bakau bersama lebih 300 sukarelawan termasuk 45 pelajar SMK Teloi Kanan itu sebanyak 5,000 pokok bakau berjaya ditanam dalam tempoh sehari.
Sebelum ini pelajar SMK Teloi Kanan telah menanam lebih 10,000 pokok bakau dikawasan paya laut tersebut.
sebelum ini dan kini telah mula menarik perhatian pelajar sekolah lain di Kedah.Kalaimani berkata, kempen yang turut mendapat kerjasama Sahabat Hutan Bakau Kuala Gula itu bertujuan mewujudkan masyarakat prihatin terhadap alam sekitar terutama melibatkan pelajar sekolah.
"Program melibatkan pelajar sekolah ini bagi memberi pendedahan dan mendidik mereka mencintai alam sekitar terutama dalam memulihara hutan paya bakau," ujarnya.
Beliau memberitahu, kira-kira 400 ahli Kelab Pencinta Alam SMK Teloi Kanan turut melakukan aktiviti yang sama
Jelasnya, pelajar SMK Teloi Kanan telah didedahkan dengan pengetahuan mengenai pokok bakau dan mempunyai tapak semaian sendiri di Kuala Gula.
Malah tambahnya, beberapa pelajar sekolah berkenaan telah dipilih mewakili negara ke Korea Selatan dalam program alam sekitar khususnya pemuliharaan hutan bakau.

No comments:

Post a Comment